Tuesday, May 17, 2011

ketabahan sepupuku

saya dah pulang nek....zainal menegur nek mah yang sedang termenung di beranda rumah..nek mah sekadar mengangguk dah menyuruh zainal mandi dan segera makan hidangan tengahari yang disiapkan nya sejam yang lalu sebelum zainal pulang dari sekolah...

cukup sayu bila mengenangkan nasib diri sepupuku ini


nek mah tersenyum apabila memandang zainal makan dengan berselera sekali walaupun lauk nya cuma sekadar ikan goreng sahaja..nampak sgt yang cucuku ini lapar di sekolah tadi...bisik nek mah didalam hati

di rumah nenek tercinta...


tiba2,hati nek mah dilanda perasaan sayu tatkala mengenangkan nasib cucunya yang sorang ni. keluarga zainal sangat miskin. adik beradiknya pulak sangat ramai dan masih kecil semuanya. zainal yang merupakan anak kedua dalam keluarganya sahaja yang masih bersekolah, itu pun setelah tinggal bersama nek mah. adik beradik zainal semuanya tidak bersekolah. zainal juga tidak bersekolah suatu masa dulu, jadi nek mah pun minta lah kat ayah jah ( anak nek mah yang merupakan juga ayah zainal ) untuk membela zainal... ayah jah keberatan pada awalnya namun setelah dipujuk oleh nek mah barulah dia memberi keizinan..niat nek mah suci.. dia mahu zainal menghantar zainal ke sekolah demi masa depan zainal itu sendri. sekurang-kurangnya, zainal akan dapat menjadi tempat bergantung oleh adik beradiknya jika zainal mendapat pekerjaan yang bagus pada suatu hari nanti...


zainal yang kepenatan selepas belajar dirumah ku...


zainal yang tekun belajar...

Monday, May 16, 2011

Reunion Sahabat Kampung

Berkumpul dengan kawan2 sekampung sekali sekala amat best jgak..kat kampung tu aku bersahabat baik ngan amin, din dan nazri. umur kami pun hampir sebaya cuma beza setahun dua je. disebabkan masa tu cuti,kami pun merancanglah nak bakar ayam bersama di pantai tok bali.besttt..


kawan baik ku di kampung

Perancangan kami bermula pada pagi ahad..masing2 g ngan motor,cuma din je menumpang amin cuz bapak dia nak guna motor dia..sebelum bertolak,kami meyediakan dulu perkaskas dan barang2 untuk dibawa kesana. aku sediakan perencah ayam,n bawa bekas untuk isi ayam,.raga motor masing2 penuh berisi dengan barang  untuk dibawa..setelah siap beli ayam n segala nya..kami pun bertolak..huu lets go...

main2 air jap

Cemara Di Hati Ku

Kenangan dulu datang lagi...huu.kali nie, segala ingatan ku tentang cemara datang bertandang di benak fikiran ku. terasa bagaikan baru sahaja bergelak ketawa bersama rakan-rakan di INTEC dan pada hari ini, semuanya sudah membawa haluan masing-masing.


kolej cemara terletak di seksyen 18 shah alam. aku berpindah kesana pada pertengahan tahun 2009 dan tinggal selama setahun di situ. aku duk satu rumah ngan mizan,h, dan siva. kami empat orang semuanya.masing-masing sangat memahami dan baik. love u all my friends. dalam rumah kami tu ada 2 bilik tdo, 2 bilik air,satu dapur, tmpat ampaian dan kat ruang tamu tu ada sofa berserta dengan meja stady..sangat selesa untuk didiami..huu...


aku stady kat sinilah..kami kena stady hard.. subjek kat sini sangat susah. boleh dikatakan rutin harian kami cuma stady je, xda benda lain. dapur rumah kami pun xpernah berasap..semua makan kat luar..huu, aku xda laptop masa tu,roomate ku semuanya dah ada, tapi xguna pun laptop cuz kat sini sgt bz dgn stady..nak main game pun jarang2 je.

antara pemandangan di cemara


berdekatan dengan cemara nie, ada 2 pasaraya besar iaitu mydin n giant.. aku jalan kaki je pergi kat situ,dekat sgt..huu,tapi best sangat masuk dalam pasaraya nie,. aku suka tgk barang, makanan paling aku suka tgk,tapi sekadar tgk je lah, nak beli tu xmampu cuz terpaksa berjimat..huu

 mydin..murah2 barang kat sini..hee




 
barang kat sini adakalanya lagi mrah dari mydin..hee


kedai2 lain pun banyak,kedai photostat,dobi,kedai makan n mcm2 lagi..cni dikira mcm pekan lah jugak..yang pastinya,gerai makanan sgt banyak kat cni,banyak pilihan...sebab tulah duit aku cepat je habis dulu..huu,.n antara kedai yg aku paling suka ialah, kedai mamak al rafi, restoran ni bersih,harga makanan dia pun standart je..aku selalu lepak cni masa tgk bola piala dunia dulu, sekadar pesan roti canai kosong n teh o ais,so,dahmemadai sebagai tiket untuk lepak disini sambil menonton bola.selalunya dengan amir,saifu dan mizan lah rakan selepak tegar aku kat tmpat ni..huu

tempat kami membuang duit dan masa..heee,gambar dari internet


wah..dah banyak sangat aku nak cerita kali nie..kalau nak storykan semua mmg xkan habis...huu


kenangan itu datang dan pergi begitu sahaja....sungguh,aku begitu menghargainya