Tuesday, February 23, 2016

Y15ZR VS 135LC


Kali ni aku nak bagi pandangan peribadi sikit mengenai dua model ni..sekali lagi nak ingat kan..ni Cuma pandangan peribadi, dan xsemestinya tepat dan benar.



Y15ZR

VS

135LC









                                                                                                                         
Antara dua model ni,mana satu pilihan korang beb..

Firstly aku nak komen dari segi harga, sedia maklum, Negara kita dah kenakan cukai gst, n kebanyakan barang memang harga up termasuklah motosikal, so far on the road bagi 135lc adalah sebanyak 7k lebih, manakala y15zr pula menghampiri 9k malah lebih dari 9k pun ada. Depend pada kedai yang korang pegi tu. So. Survey lah sampai puas hati ea. Beza bagi kedua model ni lebih kurang dekat 2k camtu je. Kalo 2 model ni mmg dlm list korang..aku cadangkn,ambik je y15zr, puas hati dan beza harga pun xbyk tu. Dan better beli cash lah..jgn lah buat hutang kt kedai.. kalo silap haribuln.boleh mencecah 15k rega moto y15zr ni bila kira sekali ngan bunga.. banyak tul mkn interest dia. Cubalah usaha2kan pinjm ngan saudara terdekat dulu, n byar ansur2,drpada korang pinjam aeon yang bagi aku agak mahal. Dah ada pengalaman beli guna pinjaman aeon ni. Sorang member aku pun ada komplen, lewat ckit je dari tarikh bayaran ,,dia mmg caj punyalah..so fikir bijak2 beb belum bayar secara pinjaman. Kalo xda pilihan,, nak buat camne lah kan.

Dari segi performance, ..yg ni aku xberapa mahir nk bagi pdangan beb.. so far yg aku tahu, y15zr ni,boleh la nk cecah 130km/j tu.. pick up pun ok.. mungkin lagi better dri lc135. Dengan system fuel injectionnya, cc yg menyamai fz, mmg menggugat jiwa betul ngan moto ni. Xtahan den dibueknyo.. apapun safety penting beb dengan tayar belakang yg lebih lebar  , bagi aku,korang xpayah dah nk make up kalo beli y15zr ni..dah cntik beno dah kalo guna standard form punya pun. Adalah sesetengah pengguna dah potong ekor blkg moto ni..mngkin cantik kot bagi diorg..tpi bagi aku beb.. penting gak benda alah ekor belakang tu..kalo hujan,,agak nanya ..boleh air merecik kat belakang.


bila ekor dah dibuang..gini la gambarnya

Aku ni jenis yang suka travel sana sini. Mmg mncari moto yang pick up kuat, speed yang boleh tahan dan jimat minyak dan tangki yang besar..y15zr ada ciri2 tersebut tapi tang tangki tu ja yg kecewa ckit. Kalo besar ckit kapasiti tangki tu lagi bagus..maklumlah,,travel jauh2 ni,bknnya byk stesen minyak kt tepi jalan..kalo dalam bndar tu lain citer la. Dan model y15zr ni semuanya hand cluth, xda yg auto clutch punya..so far, aku lebih prefer auto clutch lagi..senang nk bawak anak bini pusing2 kampung bila aku dah kawin nanti.anak boleh letak dalam raga..tgn kiri boleh pegang anak,,xyah susah2 nk main clutch kt tgn.bini pun boleh naik kalo nkpi mana2. Boleh jadikan moto family la katakan..kalo hand clutch ni..nmpak gayanya,,aku sorg la kot yg naik..mmg sedap tpi agak xsesuai untuk family motocycle.

Bagi yang bujang..tempat kerja korang jauh, selalu main kat highway..better korang beli je moto ni..aku tahu kat luar sana ramai peminat motosikal mcm aku ni. Minat superbike, tapi pulus xbanyak..byk lagi komitmen yg lebih patut diberi keutamaan..y15zr ni boleh la jadi alternative untuk kita. aku pun minat superbike tapi xrelevan nk beli dengan kenaikan kos sara hidup sekarang beb. Superbike ni rega dah berpuluh2 ribu..nk byar cash xmampu den..kalo hutang,,lagi la up2 harga dia..so, lupokan je lah..setakat nk travel pusing2 malaysia ni,,y15zr masih mampu dan gah. 


kalo nak redah jem jalan bandar, korang cilok guna y15zr ni mmg perghhhh...

Maintenance pun rendah, xlah semahal superbike. Roadtax ngan insurance body pun mahal kalo superbike ni..tayar lagi, regular servis lagi..dah nak menyamai kos servis sebuah keta dah… y15zr masih kapcai dan kos penyelenggaraan masih lagi mampu..Komuniti group pun dah ramai skrg..boleh je nak join.biar hati senang, beb… ukur baju dibadan sendri. Kita laki bujang,byk benda kena fikir, kawin, rumah, ibubapa, adik beradik..perancangan masa depan..



Tulisan aku macam menghuraikan y15zr pulak…xpelah.yg penting model ni mmg top sekarang..colour merah tu mmg mengancam.  Sekian saja untuk kali ni.