antara ns200 dan rs200 mana satu pilihan bro2 sekalian?
sebenarnya, aku kagum ngan modenas kerana telah memperkenal kan model motosikal dengan design yang gempak sekarang, seterusnya menaikkan lagi nama modenas yang agak tenggelam berbanding honda dan yamaha..model terbaru modenas ni sebenarnya menceteuskan fenomena beb. sehinggakan permintaan sangat tinggi. ada yang perlu menunggu. jarang berlaku sebenarnya kejadian mcm ni pada model modenas.
sudah sana sini orang memperkatakan tentang dua model ni..banyak sebabnya..
first, harga, harga yang ditawarkan untuk model ni boleh dikategorikan murah berdasarkan ccnya..mana korag nk cari beb moto berjenama yang dipercayai 200cc dengan rega bawah 13k. kalo ada pun entah jenama pe yng korang dapat..
yang kedua, design..memang menawan. dua2 sngt memikat rs kearah superbiked, dan ns ala-ala naked bike. design yang standard pun dah memikat hati,apetah lagi kalo korang pandai modified balik..mmg cun
yang ketiga, ramai pengguna yang telah membeli moto ni mengatakan ns dan rs ni memang jimat minyak, berbaloi sangat untuk guna dikala harga pasaran minyak yang xmenentukan sekarang ni.. selain itu, servis after sales modenas pun ok,. dan sememngnya modenas semakin matang dan ke depan dalam menjaga hati penggunanya.
so , kalo rasa nak beli,dialukan untuk bro2 sekalian mncuba sendiri keseronokan memiliki model ni.