katanya,dulu hidupnya kaya,banyak harta,seorang pengumpul permata. suatu hati,dirinya telah dirompak dan dia hampir hilang semua hartanya .tau tak apa yang dia rasa? dia rasa bebas,seolah satu beban telah pergi dari hidup. harta benda yang selama ini dia penat lelah menjaga,dan menjadi suatu tanggungjawab,telah hilang. mulai dari saat tu.dia tidak lagi mengumpul harta. barang yang dia ada sekarang hanyalah satu beg yang berisi pakaian. sekarang dia bebas kesana sini ,membuat kerja amal. dan mengecapi cara bahagianya sendiri.
antara kata katanya,kita boleh gembira tanpa perlunya harta. seperti andaian meminum coca cola,orang ramai lebih selesa meminumnya bersama ais,namun untuk dirinya segelas cola yang kosong sudah terlalu sedap kerana air tu sangat jarang dirasa dan dia gembira dengan perasaan sebegitu.
jadi,ada pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini. adakalanya untuk gembira,kita tak perlukan kebendaan. cubalah menjalani hidup tanpa bergantung kepada semua itu.