Monday, April 14, 2014

Kelebihan Kereta Kancil


Kancil terbaikkkkk..mmg terbaikk punya.. i like it...sebenarnya aku dah lama nak cakap pasal benda ni..ape kebenda lah kan???.....pasai pe suka kancil ni???.....ermm banyak sebab kot
Dulu..pernahlah ayah aku beli keta iswara auto secondhand..xmahal pun dalam RM8000...tapi 8 ribu bagi kami sangatlah mahal..ayah kerja buruh je..nak simpan 8000 pun punyalah lama..asal nak simpan je terus xdapat sbb anak2 ramai lagi yang sekolah..sabar punya sabar...dapatlah beli..masa tu umur aku dah cecah 19 tahun gtu..perghh..lama menunggu..

Ingatkan lepas beli..dapat senang2..naik gtu je..tapi..hampeh beb....banyak gila kena baiki...beribu jgk lah nak baiki kereta ni..naik fed up..tiap bulan lepas ayah balik singapore almost ada je benda yang rosak..ratus2 tu wajib utk baiki enjin la..macam2 hal...sakit hati tul lah..duit bazir gtu je..dari baiki keta tu baik bagi kami makan..ermmm

Sampaikan pomen pun dah kenal sangat ngan keta kami ni..selalu sangat masuk bengkel...haishhyyyy
Dan banyak kali jgklah..tiap kali g kedai bawak mak ngan adik..bila nak balik tu..start enjin xhidup..perghhh..ape lagi.. terpaksalah col pomen tuk tarik keta masuk bengkel..pernah sekali tu..pomen xdpat datang..so tinggal keta gtu je kat stesen minyak n col sepupu datang ambik..perghh..punyalah menyusahkan...malu kat orang...duit dah habis banyak baiki tapi masih lagi rosak n buat perangai
3 tahun lepas tu..ayah tukar keta..keta lama tu jual degan harga 4000..beli campur baiki rasanya dah habis berbelas-belas ribu..tapi jual 4000 je,,ermmmm rugi mmg rugi tapi sbb xtahan sangat asyik rosak...
Last2 ambik kancil...secondhand jugakkk..beli ngan pak sedara..reason jual sebab dia nak pakai wira pulak..so..kami pun belilah kancil tu dengn harga 6500...2500 lagi kena topup lepas jual iswara....
N hasilnya..kami sangat puasssss hatiii...

Nak tahu kenapa??...sejak beli ni..
Kancil ni xpernah meragam...Cuma pernah tukar bateri je..tu pun sebab bateri lama..
Jimat minyakkkk sangat beb....xmacam saga...ntah papelah..nakgi jalan mana2 pun hati xtenang sbb duk fikir minyak mengalir cam air je...kuat minyak betul keta iswara ni...xlarat nak bela

N banyak lagi la aku suka kancil ni...puas hati sangat..n bersyukur sbb akhirnya kami dapat jugak kereta elok..n kereta tu buatan perodua n bukannya proton..
Ermmm..nanti aku kerja ni..aku ingat  nak beli perodua lah..biarlah mahal ckit..asalkan puas hati,...
Lagipun dah banyak baca dalam blog..kereta proton cepat rosak..yang baru beli plak tu...ermmmm lagilah  aku rasa mcm xmau beli....haishhhhh
N sejak akhir ni..aku banyak jalan2 naik kancil je..sbb jimat minyak..nakgi main futsal n lepak2 ngan kawan2 pun rasa best n xda fikir pasal rosak or minyak kuat sangat..hehehe...   

Rakan Yang Dirindui



Malam tu, Mat Apik col panggil geng kami berkumpul..ambik kami ngan Myvi. Dia ajak lepak kedai makan. Mat luwi, payid mat uki, din, aku n mat luwi. Matluwi yang drive.. malam tu kami borak2 dalam kereta sambil gelak ketawa.. bukan senang nk kumpul mcm ni. Naik keta ramai2 malam2..ahh...sesuatu yang akan membawa nostalgia yang indah untuk dikenang nanti.

Dalam keta.mcam2 cerita kami kongsi..yang lawak n segalanya tentang masing2..kami bagaikan sudah lama xbertemu padahal selalu berselisih di kampung Cuma masing2 xdapat sebebas ini bercakap.

Bicang punya bincang, diorang ikut cadangan aku ke dapur ibu. Cari tempat dan port yang best lepak n kami duk ramai2..disini..seribu satu cerita lagi diluahkn..segalanya berkaitan pengalaman masing2..sorang je yang kerja diantara kami iaitu mat apik..kerja technician kat genting highland tu.jarang dapat cuti. Mcm2 kisah dengar darinya. Pasal judi, mabuk2 orang kat sana..ermmm..itulah realiti kehidupan bila manusia jauh dari tuhan..memg xkan tenang..

dia nak belanja kami makan malam ni. Kami ok je. Dia order set e..iaitu set hidangan ikan siakap untuk 6 orang makan..mahal jugak.xsilap 78 ringgit.. jarang2 katanya belanja kawan. Bagus mun pik. Aku tabiik. Mmg niat yang baik .bukan senang nak kumpul kawan2 mcm ni..kongsi cerita.maklumlah kami kawan dari kecik. Bila  besar ni susah nak jumpa n borak mcam dulu2 lagi.jadi keluar sekali sekala ni dapat eratkan hubungan

Sambil tu luwi duk gurau2 ngan pelayan perempuan kat kedai ni..kami senyum je. Manalah tahu luwi ni minat kat pelayan tu. Lebih kurang pukul 11 kami pulang.then berenti kat bank jap. Mat apik n din nak ambik duit. Duk dalam keta ramai2 berenam malam2 ni.bergelakketawa..mengimbau kembali memori zaman kecik..aahh..terima kasih sahabat..sungguh kenangan ni akan aku simpam di sanubari...sampai kat rumah.. payid lepak jap rumah aku.. n kami borak lagi.. 





thanks yid.. banyak perkara boleh berbicara dengan kamu..lihat bulan,lihat bintang, kelihatan kapal terbang merentasi lautan langit malam..cengkerik pun beralunan menandakan malam semakin larut dan tua.. payid meminta diri..sebb sudah lewat..ahh..malam ni sangat indah..cepatnya malam ni berlalu.kawan2 ku tadi rasanya sudah lama diulit mimpi.wahai kawan,hargailah masa mcm ni..kerana lepas ni masing2 mungkin akan bawa haluan sendiri.mungkin tiada lagi masa untuk kita terus bersama seperti ini.

7Eleven Seksyen 6



Tiap kali kalau nak beli top up..aku akan g kat kedai seven e ni…dekat je ngan kolej cendana tmpat aku tinggal…
Aku suka seven e ni…tenang..terletak kat satu blog bangunan yang lengang..n bersebelahan dengan kedai burger otai..xbanyak orang n xbizi suasana kat sini…banyak pokok belakang kedai..orang yang lalu lalang pun ckit je..lagi2 la kalau waktu malam…xdapat aku bayangkan macam mana la keadaan seven e ni kalau dalam pukul 3,4 pagi..perghhh seram kot….
Yang paling best, banyak barang ada dalam kedai ni..macam2…buku komik yang aku suka pun ada…
kalaulah aku ni tahu yang aku akan merindui tempat tu suatu hari nanti.mesti aku ambik gambar kat situ banyak2…huu

Ermmm..bila la akan berpeluang ke seksyen 6 lagi agaknya….mungkin bila dah dapat posting mengajar kat sana kot….Rindu sangat sangat sangtttt