Aku baru je lepas exam beb...goreng habis masa jawab
tadi...betul ke tidak tu aku dah xpedulik sangat dah..yg penting aku jawab je
semua soalan n xtinggal kosong..ok..abaikan bab ni..skrg ni..mood santai n nak
share ckit pandangan aku pasai 125zr vs 135lc..
Memperkenalkan 135lc versi design lama VS design 125zr
Sbgai intronya..bagi aku..kedua model jentera ni merupakan
antara yang terhot dimalayasia..keduanya menjadi gilaan muda mudi zaman
sekarang..termasuk aku pemilik 135lc..ada sebab tersendiri mengapa dalam
banyak2 motor kat malaysia ni..2 model ni berjaya menambat hati pengguna
sehingga menjadi antara motosikal paling laris kat malaysia hingga hari ni..kalo
korang tgk kat tepi jalan sekali pun..rasanya dah berlambak org duk pkai model
ni beb.. even pakcik tua nakg masjid pun guna lc...nampak tak betapa hebatnya
penangan motor ni..
Yang pertama aku nak habaq mai dari segi design lah..memng
kedua model ni terkenal dengan bentuknya yang aerodinamik dan moden..menepati
cri2 citarasa orang muda zamn sekarang.. keduanya kelihatan garang dan smart
duk atas jalan raya dan mneyerlahkan lagi sisi penunggang yang menaikinya..
bagi jentera 125zr ..model ni sbnarnya dah lama kuar beb..xsilap dari tahun
2001 lagi.. tapi sampai sekarang rekabntuknya masih tiada tandingan dan
jualannya pulak makin hangat malah peningkatan harganya juga meningkat sejak
kebelakangn ni..hot habis model ni...yamaha juga main peranan yang kreatif dengan
menambahkan aksesori warna yang mengancam.. bagi 135 lc pulak..mula dikeluarkan
tahun 2006(kalo xsilap) dan menimbulkan
satu fenomena baru untk golongan muda..dimana model ni laris bagai goreng
pisang panas..designnya yg terkini dan
sistem liquid coolernya membuatkan golongan yg minat konvoi jauh2 menjadikan
jentera ni sebagai pilihan hati.
Dari segi prestasi enjin..mmg xragui lagi..jenama yamaha
merupaka satu jenama yang kukuh dipersada antarabangsa..ketahahan dan kemampuan
enjin nya telah terbukti.. model 125zr dengan bercirikan enjin 2 lejang mmg
telah membuatkan ramai golongan remaja menggilai jentera ni..maunya xgila
beb..kelajuan nya mmg berdesup..kalo setakat 135lc tu senang je ditapaunya dan
meninggalkan asap berkepul2 untuk penunggang yang telah diitinggalkan tu..kelajuannya
mmg aku bagi gred A plus. kalo nak bersaing atas jalan raya ..bagi aku..135lc
xmampu menchallenge 125zr ni disebabkan jentera ni mmg dicipta untuk kelajuan..
manakala jentera 135lc pulak..untuk yg lebih santai dan travel jauh..kelajuannya
standart n boleh la nak compete ngan motor jenama honda
Dari segi penjimatan minyak pulak..haaaa..yg ni mmg 125zr
kalah ngn lc135..dan bagi aku..perkara ni berlaku kat hampir semua jenis
jentera enjin 2 lejang... penggunaan minyaknya mmg agak kuat berbnding lc..n bertambah
parah bila korang pulas sepulasnya trohtle korang sampai xingat dunia...mmg
minyak mengalir mcm air la...kejap je nk habiskan satu tngki motor tu..namun
semua tu berdasarkan cara orang kawal kelajuan jentera korang la..kalo naik
maintain n pndai change gear dengn betul..penggunaan minyak dapat dioptimumkan
dan jimat..senang cakap kalo nk jalan
jauh or konvoi tu..yg geng 125zr tu
boleh la prepare minyak dalam botol...nanya beb kalo minyak habis kat jalan
grik or jalan otw ke cameron tu..stesen minyak dah la jrang2 kat ctu...
Untuk safety pulak..kedua motor ni..ada break disk..namun
sedikit kelebihan untuk 125zr kerana mempunyai break disk depan n blkng
tayar..untuk cengkaman yg lebih disaat kecemasan..135lc pulak cuma ada kat depan..kecuali
untu model yg 5speed terkini..mmg smart...sama jugak mcm 125zr..ada depan
blakng...pihak yamaha turut menambahbaik
sistem lock jentera ini..dimana mereka telah membuat penutup kat lubg
tu..rasanya model honda pun dah buat bnda gni..sekurang2nya at least take time jgklah pencuri tu nak bukk
bnda ni..dah la motor ni antara paling bayk kes kena curi...so beb..kalo korg
memiliki kedua jentera ni..belilah lock tambahan banyak2 ea...dan jgnlah korg
tinggal motor korg kat tmpat terpencil...probability nk hilng tu tggi beb..
Rekabentuk design new 135lc... versi gp edition..terbaik beb...
Last but not least aku nk cakap pasai harga..untuk yg terkini pengetahuaan aku la..harga 135lc
masih lagi maintain dgn rm6000 plus2..tapi 125zr dah meningkat ke tahap mahal
yg bagi aku cukup melampau.pernah aku try survey dulu..harga nya dah mncecah
rm9000 cash...mahal habis beb..terkezut den dibueknyo... baik den beli fz
ja..besaq lagi..tapi nk buat cam mana..ramai orang muda yg minat.sanggup kumpul
duit semata nk beli jentera ni...ermmm....lain org lain tastenya..
Sejak gunakan lc ni..aku berpuas hati dgn performence..nak
kata laju tu xsangat n slow pun tak..sedang2 je..yang paling aku suka adalah pick
up dia mmg terbaik..nk potong lori tu mmg selamba je...tapi 125z lagi la A
plus... mmg kelajuan n pick up dia up lagi dari lc ni..so far taun ni.aku dah g
travel cameron ngn lc.. n terbukti sangat puas hati bila gunakan jentera ni untuk
long distance... itulah saja celoteh aku ..n perut dah lapar sbb xmakan
lagi..kalo korg berniat nk memiliki kedua ni..lihatlah keperluan dan adakah
sesuai dgn korg...kepada yg inginkan kelajuan n bunyi yang mendesup sup sup...125zr
lah pilihannya...sape yg jenis pencinta kedamaian...nk senyap2 ckit..jalan
jauh..nk buat make up kasi smart..aku cadangkan ambillah 135lc sbgai choice
korang...
Tq sebab sudi singgah..