Monday, May 7, 2012

Bakar Ayam Di Tok Bali

Keluar bakar ayam dengan kawan2 sangat best
Aku sangat suka buat kalau kuar dengan kawan sekampung...diorang relax je dan dapat menerima kita seadanya...kami dah kawan dari kecik...


naik moto sorang satu...


basuh2 ayam dulu...setting2 barang

sama2 bakar ayam


berehat2 selepas bakar ayam


Melepak Kedai Makan Malam-Malam

Tiap kali aku balik pada hujung minggu je, Din mesti ajak aku g kedai adik untuk minum2. kadang2 Amin join jgk...kitorang memg sgt suka lepak2 kedai ni..selesa dan bersih ( i think la )...n kalau ada bola memg kami akan melepak kat kedai ni dulu b4 g ke kedai lain sbb kat cni xda astro la..
adussss


Din...rakan melepak tegar aku..sangat baik ngan aku....


Amin......steady sokmo.....mudah diajak kemana-mana..huu

Lata Belatan Dalam Kenangan

Tengah hari sabtu tu, tanpa dirancang aku, Amin, Nazri, Beduh dan Fendi pergi ke Lata Belatan....best sangat2 bila dapat pergi ke tempat mcm ni dengan saing2 kampung yang rapat. bukan apa, sgt susah nak rancang g mana2 dengan geng sekampung mcm ni, masing-masing ada kerja sendiri. lagi lagi dengan nazri. payah gila beb...so, bila dah ada peluang dapat g sama2 mcm ni...terasa la kenikmatan best tu..huu


naik atas jambatan lata belatan


Dimanakah terletaknya  Lata Belatan ini??
Ok....Hutan Lipur Lata Belatan terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, di Daerah Besut. Hutan Lipur ini terletak kira-kira 24 km dari Bandar Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu. Gunung Tebu merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Terengganu (1097m dari aras laut).( aku mengaku, ayat yang ni memang aku copy dari internet )..huhu


berposing semasa mandi


nazri..rakan yang selalu buat lawak


cantikkan pemandangan air terjun


makan satay jabi dulu before balik..sedap n harga berpatutan beb...huu


tggu driver bungkus satay b4 balik....


kenangan itu hanya datang sekali....hargailah ia....

Saturday, March 31, 2012

Pesta Air Di Pantai Tok Bali

Pagi sabtu ni aku rasa amat bosan. rumah aku agak sunyi sepi sebab aku hanya duduk dengan mak n adik bongsu aku je. perghh, bosan jgk lah, tapi dalam keadaan bosan tu, tiba2 dapat mesej, dari sepupuku Amin. dia ajak g tgk pesta air kat Tok Bali. aku setuju je. then lepas tu kami ajak din sekali untuk join.

 pertandingan memancing..tempat ikan dipamerkan....ramai orang...huhu


aku ngan amin g dulu kat pesta tu sbb din kata dia kan menyusul kemudia sbb ada hal. then, aku ngan amin pun apa lagi, konvoi lah 2 biji motor ke Tok Bali. yahoohuhu...seronok giler...
aku rasa perjalanan kami sgt lancar dengan suasana yang amat tenang. jalan on the way ke Tok Bali ni pun sgt best sbb lengang je. sepanjang perjalanan, nampaklah keindahan sawah yang terbentang luas dan ada juga beberapa beberapa pelajar penunggang basikal fixie konvoi. diorg smpai lmbat ckit dari kami. maklumlah,kamikan dgn motor..hehe
then , kami pun sampailah kat Tok bali ni.

 pertandingan burung..aku xingat dah nama burung yg dipertandingkan tu



Air pantai Tok Bali...


Gerai-gerai disepanjang jalan...meriahkan..huu

Tggu punya tgu..din xsampai2 jgk.frust jgk sbb dia dah janji nak datang tadi..tapi xpe...so,aku ngan amin pun jalan2lah tgk aktiviti yang dijalankan di pantai Tok Bali ni...best sgt2....

Tuesday, December 20, 2011

Sunday, September 25, 2011

LC 135

Waaaaa.....
Sudah lama mengidam nak beli motor baru...akhirnya impian aku itu mungkin akan menjadi kenyataan pada hujung tahun nie..huhu..terima kasih mak,terima kasih ayah,n akak2 yang akan mengeluarkan belanja menbeli motor untuk aku...sungguh aku menghargainya..


Aku bukannya materialistik or nak kebendaan,tapi aku selalu ulang alik dari rumah setiap hujung minggu dengan motor ex5 yang sudah 10 tahun digunakan oleh keluargaku. Motor ni xsedap sangat untuk jalan jauh..maklumlah motor lama..mak selalu risau kat keselamatan aku tiap kali nak bertolak ulang alik dari maktab ke rumah pada hujung minggu...akhirnya mak sendiri memberitahuku bahawa dia akan berusaha membeli motor baru kepada ku...huuu


 
perjalanan yang agak jauh..lebih kurang 50km jgk...

Aku sayang mak sangat...walaupun,dia xda duit sangat tapi dia tetap nak gembira kan hati aku..n satu lagi aku nakbgtau korang yang motor ni aku nak bayar ansuran bulanan dengan duit elaun aku sendiri...jadi mak cuma kena bayar duit muka je sebanyak 1000 lebih..jadi xlah menyusahkan sangat...mnamun,1000 lebih tu masih banyak dan mungkin membebankan mak....maafkan aku,mak...

agak lawa design motor nii..huhu..aku nak jaga elok2....

jadi ni lah motor yang menjadi idaman ku...yamaha LC135..mahal la jugak tapi yang penting selamat dan selesa digunakan..
Sekian...