Monday, April 25, 2011

Nilai Sebungkus Nasi…

Jimatt!!!!!….jgn boros berbelanja lagi|||||…

Itulah yang aku sedang pesan kat diri aku sekarag nie..maklumlah,sekarang dah penghujung sem,duit pun tggal ciput je cuz masa awal2 sem dulu,aku nie agak mewah berbelanja,sekarang nie,,rasakan..padan muka aku kan..huhu…terpaksalah control perbelanjaan.…nasi dah jadi buburlah katakan…


Jadi dalam proses nak jimat nie,aku terpaksalah save duit makan....terciptalah tajuk ini,dimana aku menemui satu bungkus nasi lauk ayam yang berharga dua ringgit…

nasi bungkus nie,sedap dan yang penting ia  mengenyangkan perut aku yang berkeroncong.aku sangat2 lah bersyukur dapat jmpa gerai yg jual nasi bungkus nie..gerai xjauh dari maktab,naik motor dalam 3 minit je dah smpai,..dan ramai giler yg beli nasi kat situ..maklumlah,,gerai murahlah katakan…huhu,


Mana nak cari nasi harga 2 ringgit skrg nie..susah beb…maklumlah semua barang dah naik..dengan nilai nasi sebungkus nie..dapat membantu aku jimat smpailah habis sem nie,.kalau boleh aku xnak lah mintak duit dari parents aku kat rumah tu..malu beb..huhu,anak jantan kenalah berdikari..


Jadi,pesan aku,korang rancanglah perbelanjaan dengan elok2 ya, kalau boleh,semasa belajar di u,jgn lah kita meminta duit dari parents lagi..,..cuz aku pun nak berubah lepas nie….


zassssssss

Tuesday, April 5, 2011

Bilik bujang yang simple habis.....

Simple....satu perkataan yang paling sukai dalam hidup ku....bukannya apa,aku xpandai nak menjadi seorang yang luar biasa dari simple nie...maklumlah,aku nie agaklah xkreatif dalam hidup..huhu...

Apa2 pun,pada kali nie,aku nak perkenalkan kepada anda sekalian tentang bilik bujang aku kat maktab nie...bilik nie xlah besar sgt tapi pada aku...ia dah cukup selesa dan menenangkan hidup ku .....dan yang pasti susunan bilik ku ini sgt999 simple.....huhu,itulah yang aku nak tnjukkan pada korang ..


katil ku yang best..


Bilik nie cuma ada loker,katil bujang dan meja stady je....cukup untuk keperluanku sebagai seorg pelajar ...xleh memasak kat cni....xdbenarkan,..,mungkin pihak pengurusan risau berlaku litar pintas agaknya..huu..,perkakas elektrik yg aku bawa cuma heater n iron je...


tempat menghilangkan rasa bosan...


Walau apa pun,aku still sgt syg  kat bilik nie.....masa ku banyak terhabis di bilik nie cuz aku jarang keluar ...aku termenung,ketawa,dan semuanya dah disaksikan oleh bilik yang bujang nie...

Sunday, April 3, 2011

Sayonara……… Rindu Kamu……….

Jiwangkan tajuk nie…biasalah,kalau dah rindu,mcm2 ungkapan dapat kita luahkan pada seseorang .tapi jangan salah sangka,pada kali nie,kerinduan aku bukanlah ditujukan khas kepada seseorg,tetapi lebih kepada suasana gitu..huhu…kernduan pada suasana semasa aku belajar di intec suatu ketika dulu…..

kenal intec tak?....Intec tu terletak di seksyen 17 shah alam,dan aku belajar kat sana selama dua tahun,memang best sangat life kat sana.tenang dan mendamaikan perasaan,,..


cantikkan bangunan nie....huu 

Intec nie xlah besar sangat,lebih kurang sebesar sekolah menengah aku dulu je..,tapi bangunan kat sini cantik dan baru2 semuanya..landskap kat cni pun..hijau dan bersih..mungkin pengarah di intec ni sukakan suasana yg damai untuk membantu pelajar belajar dengan lebih terpelajar…(betul ke ayat nie..hehe)..senang2 citer aku rasa tempat nie macam dah duk kat oversea ,Cuma xda 4musim je..


 
Tmpat makmal kami dulu....

Kenangan belajar kat intec nie memang best dan akan selalu terpahat dalam hati aku buat selama lamanya....,kelas aku di intec nie terletak di kawasan paling hujung di intec nie..tempat tu bangunan nya warna ungu dan putih (mcm warna uitm shah alam tu)..tepi kelas aku tu,ada satu sungai dan pokok yg besar.so,bila rasa otak dah payah belajar,aku akn memandang kearah pokok tu..tenang kejap..huu,then smbung belajar  dan tension balik,..  .lgpun angin kat situ agak kuat.kadang2 tu berbunyi mcm seram jeee..…tambah2 dgn econ dalam kelas lagi…perghhhh…sejuk giler..tapi best..


 Pemandangan tepi tingkap kelas....ada sungai dan pokok...


dalam kelas tu ada 31 org semuanya..semuanya bermacam ragam dan cara masing2..yang senyap,yg giler2,yg matang..semua ada,pendek kata mcm2 adaaa.huu…kami bersama2 merasa susah dan senang sepanjang belajar tu…tapi yg pasti subjek yg kami belajar kat cni mmg susah,maklumlah,,nak pergi oversea kan ,,mestilah kena mencabar….xgitu kan???


Rakan-rakan yang dirindui....

Setiap blok di intec dulu mempunyai satu café..aku duk di blok A level,dan  cafe tu selalu penuh…dulu masa aku sem satu…tempat tu xberoperasi lagi..sunyi dan lengang je,,mcm berhantu pun ada,,ishhhh,,seramnya aku……tapi sejak cafe ni di bukak masa aku sem tiga,tempat nie lah menjadi paling ramai dan menjadi tumpuan semua budak intec,even budak dari blok lain pun makan kat sini.bukan apa,semua yg datang makan kat cafe nie berpuas hati dgn layanan yg diberikan..harga pun murah dan,makanan pun sodappp..huhu..tapikan...perghh…memang sgt2 sesaklah kat situ kan,lg2 pada waktu puncak,pada pukul 12.00 tghari,kadang2 smpai xsempat aku makan cuz lauk dah habis….pehh,terpaksalah berlapar dan beli makanan kat luar yg mmg mahal dan kena jauh berjalan kaki kesana dari intec….nasibje lah kalau xdapat..huu 


Sorang member tgh makan kat cafe best ni..breakfast tue...

Dan masa kat intec,aku paling suka duk dalam library.library nie cantik dan besar……,ada 4 tingkap lg,dan yg pastinya,library nie sejuk sangat,aku rasa mcm duk kat uk je bila dukdalam nie…n smestinya sweater adalah benda yg wajub dipakai bila duk dalam nie…huu,dan memang menjadi kegemaran aku,untuk duk ditingkap paling atas dan paling hujung sekali..


bila malam...library nie makin sejuk dan seram lah...huu

tmpat nie aku pilih sebab tenang sgt,,lgpun tmpat  sunyi,dan xda org sgt..senang aku nak focus masa stady… ,dari atas aku boleh tengok pemandangan di satu bukit yg aku sendiri xtahu apa nama bukit tu…huu,yg pasti bukit tu indah dan sedap mata ku memandang…dan selalunya library nie lah yg selalu mnjadi tmpat aku menenangkn diri jika ada masalah,…buku2 pun banyak untuk dibaca,n selalunya aku pilih novel….tapi jgn salah sgka,I xjiwang tau..hehe,aku Cuma ambik novel yg thriller je..yg ada unsur2 suspen gtu..huhu..


 
tempat release tension........


Sudah hampirsetahun aku meninggalkan intec,,

Rindu kamu intec..sayonara aku ucapkan kepada kamu,..walaupun kamu bukanlah manusia,tapi kamu telah berikan ketenangan dan kedamaian pada ku….