Sunday, May 15, 2011

Kehidupan Universiti Yang mencabar

Aku seorang penuntut di sebuah institusi yang bergelar UPSI. Disini aku dilatih untuk menjadi seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada suatu hari nanti.


Sepanjang aku berada dikampus ini, banyak kenangan yang tersimpan didalam kamus hidupku. aku ingin berkongsi mengenai keadaan diriku sepanjang berada disini.


 


Sepanjang pengajian ku di UPSI ,aku hanya bergantung sepenuhnya terhadap pinjaman PTPTN, duit itulah yang digunakan untuk membayar duit rumah sewa, makanan dan segalanya perbelanjaan ku di sini.


Bangunan UPSI tercinta


Setelah membayar yuran dan sewa rumah,baki duit PTPTN ditangan ku Cuma tinggal dalam RM2000 sahaja, aku perlu berbelanja dgn sgt cermat. Sebagai seorang penuntut bidang seni lukis, belanja sebanyak rm500 diperlukan bagi menyiapkan satu projek untuk setiap semesta. Semestinya itu akan menambahkan lagi bebanan ku dimana Cuma tinggal rm 1500 je lagi untuk aku gunakan dalam masa 6 bulan ini.


Bukan setakat itu sahaja,aku juga perlu membayar duit ansuran laptop ku ini sebanyak rm500 untuk satu semesta, maklumlah,aku tidak mempunyai wang untuk membayar tunai untuk sebuah laptop. Jadi pembayaran laptop secara ansuran menjadi pilihan ku walaupun aku sedar bunga yang dikenakan agak tinggi…namun aku terpaksa jua.. Sekarang…,duit ku hanya tinggal rm1000 sahaja untuk aku berbelanja dalam 6bulan..


 
  Laptop Compaq
 
 
Duit itu sangat99 xcukup untuk hidup dizaman yang serba mahal ini selama 6 bulan, jadi mahu tidak mahu aku terpaksalah berjimat dengan cara pemakanan ku..sungguh seksa jika mengingati saat ketika itu.. pernh suatu ketika ,aku Cuma berbelanjakan rm10 sahaja untuk makanan selama seminggu…macam xlogikkan,tapi itulah hakikatnya..


Ikan sardin ni lah yg aku masak hmpir setiap hari..kongsi ngan kawan..



Aku cuma makan sekali sehari dan sekiranya perut ku terasa lapar sangat,aku akan tidur bagi menghilangkan rasa itu..dan apabila aku dah bangun,rasa lapar sudah hilang,dan bolehlah aku meneruskan ulangkaji ku semula.


Aku dalam cerita ini ialah sepupu ku, Iju..sekarang nie,dia sudah pun bergelar seorang guru di Johor. segala keperitan hidup ketika di Universiti dulu telah menjadi satu kenangan yang tidak boleh dilupakan baginya. walaupun kenangan itu sgt memeritkan namun, dia bersyukur kerana dia sudah pun berjaya sekarang nie....gudluck my cousin.....

No comments:

Post a Comment