Monday, October 29, 2012

Bosannya

Sekarang ni aku rasa bosan gila..aku pun xtahu kenapa…aku rasa mcm rutin hidup aku xda apa2 perubahan pun sejak duk maktab ni…aku kerap sangat lakukan benda yang sama…bangun pagi..mandi,g kelas..balik rumah sewa n mengadap laptop smpailah malam…perghhh…rasa mcm xda life langsung….aku xtahu lah mana silapnya..tapi..jujurnya..aku sangat2 bosan..


 Ketenangan yang ingin ditemui....



Kadang2 aku try jgk nak cari sweet moments kat cni..tapi…aku xjumpa dowh…jarang sangat….dan aku rasakan antara factor yang membuatkan aku xda sweet moments kat cni adalah tidak mempunyai kawan yg betul2 rapat….serius..kawan memang memainkan peranan yg sgt penting dlm hidup… kebanyakan sweet moment korang biasanya banyak dilalui oleh kawan2 ..lagi2 bila korang jauh dari family…


 Rindu kenangan kawan dulu....


Aku pernah jgk cuba mencari kawan rapat kat cni..tapi aku boleh katakan ianya agak susah lagi2 sejak aku duk rumah sewa ni..kawan2 yang aku rasa ngam ngan aku kebanyakan nya duk jauh dari rumah sewa aku..nak jalan pun rasa malas sbb mungkin akan mengganggu diorg…so,terpaksa lah aku ambik alternative duk je kat rumah sewa n main laptop smpailah aku tdo…n teruskan rutin yg sama again n again….
Dan Aku akan terus sunyi………..

Tuesday, October 2, 2012

Aku Dan Matrik

Aku pernah belajar dimatrik selama lebih kurang 2 bulan sebelum aku ditukarkan ke intec… dan sepanjang aku melalui kehidupanku disitu, ternyata matrik betul-betul tempat yang amat mencabar dan menguji kesabaran ku.


 
Pemandangan di Matrik


Matrik ku dulu adalah di gambang,Pahang. Matrik ni agak jauh daripada Bandar dan aku selalu kategorikannya sebagai pedalaman ( pada pendapatku semua matrik pun lebih kurang mcm ni kot kecuali matrik di penang). Jarak matrikku dengan pekan Pahang adalah lebih dari 30km,sgtlah jauh dan susah untuk ku pergi outing pada hujung minggu.maklumlah,hanya sebuah bas je yang boleh membawa kami g ke kuantan. Maka berebut-rebutlah budak matrik naik bas tiap kali nakg outing n kepada yang xsempat naik ,maka kena tggu trip bas yg seterusnya pulak….

Kadang-kadang rasa fed-up je nak outing,nak tambang teksi pulak sgt mahal,rasanya dalam rm20 lebih ke atas kot. Aku pernah naik teksi sekali dua dgn kawan,n bila nk bayar tu rasa terkejut je kena harga mahal…lepas tu rasa dah malas dah naik teksi. Sbb tu lah aku jarang2 je g outing time duk matrik dulu. Keluar bila rasa perlu je…

Jadual pembelajaran kat sini pula sangat lah padat, pergi pagi n balik pada pukul 4 ptg. Gap yang diberikan pulak sgt ckit. Penat gila rasanya….otak pun rasa penat sbb subjek kat cni susah ,lepas tu banyak pulak kena study malam2,kalau xstady,…alamatnya memang tertinggallah jawabnya…


 Bangunan kat cni baru2 n cantik2...

banyaklah aku tgk gelagat ragam manusia kat cni…n kalau korang nak jumpa yg jenis rajin…kat matrik inilah tempatnya…aku pun jadi rajin jgk…terikut-ikut dgn budaya pembelajran kat cni. Tapi pernahlah aku ponteng kuliah sbb penat sgt, n malas nk pergi cuz kalau pergi pun xfaham jgk…maklumlah,belajar ramai2 ni mmg xleh nk focus…

Dari segi penginapan dan kemudahan, kat matrik ni sememangnya selesa untuk didiami oleh pelajar. Semuanya lengkap n aku paling suka library kat cni,ermmmm.. kat cnilah tmpat aku menenangkan diri bila rasa tension..kesejukan library n kepelbagaian jenis buku amat2 menenteramkan jiwa ku ni.best lepak kat cni.


Matrik yang dirindui.. 

Duit mmg menjadi masalah jgk sbb elaun yg diberikan tidak mencukupi untuk aku survive kat cni. aku hanya diberi rm250 sebulan. N aku perlu beli makanan, baju dan tiket bas untuk balik kmpung, duit sebnyak ni tidak cukup untuk beli semua tu…aku kadang2 terpaksa berjimat n makan roti bergilir2 ngan nasi kalau duit tggal ckit…ermmmm,,lapar la..n perut akan jadi lagi lapar kalau kita tgh stady subjek yg susah…

N selepas 2 bulan mengharungi kehidupan  disini, aku pun keluar sbb dah dapat tawaran ke intec…aku rasa sgt gembira tapi perasaan sedih n rindu tu masih ada kerana matrik telah memberikan sedikit liku-liku kehidupan dalam diari hidupku…

Aku Trauma

Lama dah aku berangan nak konvoi dengan motor. Dulu, masa aku sem 1 kat maktab, keinginan aku untuk konvoi meluap2..n keinginan tu menjadi semakin hebat bila aku baca blog2 orang yg konvoi ke tempat yang menarik..best tu..teringin sangat nak pergi jgk ke sana. Tapi apakan daya, masa tu motor aku hanyalah ex5 lama yang sudah digunakan lebih kurang 10 tahun oleh keluargaku..mana larat ex5 lama tu nak g jalan jauh2..jadi..aku hanya pergi jalan2 dekat2 je…


 Mesti sangat best kalau konvoi kan....



Tapi sekarang ni..aku dah pun berada di sem 3 maktab, dan baru sahaja membeli motor lc..motor lc ni memang sedap kalau buat konvoi…sbb selesa dan enjin dia lancar je.. tapi masalahnya sekarang ni..keinginan tu dah xda..aku dah jadi semakin malas nak konvoi sekarang ni…jadi,sem ni ,aku banyak menghabiskan masa duk je rumahs sewa..even bila kawan sekelas ajak g konvoi pun, aku rasa malas nak keluar..aku lebih rela duk sorang2 kat rumah dari pergi konvoi ramai2 dengan kawan…


 Banyak pemandangan yang cantik yang dapat dilihat...


Aku bukan xnak join korang beb, tapi aku agak trauma selepas aku dah 2 kali excident dengan motor lc ni….n aku rasa…semuanya bukan salah aku…jadi selepas kejadian itu, aku jadi sgt99 takut nak naik motor laju2..n hati aku rasa berdebar2 semacam je masa duk atas motor.. sebb tu lah skrg ni aku ambil masa sejam lebih untuk perjalanan dari rumah aku ke maktab…kalau dulu aku ambil masa 45 minit je nak sampai ke maktab….cuak giler kot….

Jadi hargailah nyawa kita..kalau excident ni, cederanya bukannya ckit..aku rasa risau sgt bila tgk kawan2 aku memecut motor laju2,n siap buat leper2 pulak..perghhh….mmg confirm lah aku xnak naik motor ngan org mcm ni..mengucap panjang aku nanti…bahaya kot…

Jadi kepada kawan2…naik motor hati2 ya..sayangi nyawa anda…