Tuesday, October 2, 2012

Aku Dan Matrik

Aku pernah belajar dimatrik selama lebih kurang 2 bulan sebelum aku ditukarkan ke intec… dan sepanjang aku melalui kehidupanku disitu, ternyata matrik betul-betul tempat yang amat mencabar dan menguji kesabaran ku.


 
Pemandangan di Matrik


Matrik ku dulu adalah di gambang,Pahang. Matrik ni agak jauh daripada Bandar dan aku selalu kategorikannya sebagai pedalaman ( pada pendapatku semua matrik pun lebih kurang mcm ni kot kecuali matrik di penang). Jarak matrikku dengan pekan Pahang adalah lebih dari 30km,sgtlah jauh dan susah untuk ku pergi outing pada hujung minggu.maklumlah,hanya sebuah bas je yang boleh membawa kami g ke kuantan. Maka berebut-rebutlah budak matrik naik bas tiap kali nakg outing n kepada yang xsempat naik ,maka kena tggu trip bas yg seterusnya pulak….

Kadang-kadang rasa fed-up je nak outing,nak tambang teksi pulak sgt mahal,rasanya dalam rm20 lebih ke atas kot. Aku pernah naik teksi sekali dua dgn kawan,n bila nk bayar tu rasa terkejut je kena harga mahal…lepas tu rasa dah malas dah naik teksi. Sbb tu lah aku jarang2 je g outing time duk matrik dulu. Keluar bila rasa perlu je…

Jadual pembelajaran kat sini pula sangat lah padat, pergi pagi n balik pada pukul 4 ptg. Gap yang diberikan pulak sgt ckit. Penat gila rasanya….otak pun rasa penat sbb subjek kat cni susah ,lepas tu banyak pulak kena study malam2,kalau xstady,…alamatnya memang tertinggallah jawabnya…


 Bangunan kat cni baru2 n cantik2...

banyaklah aku tgk gelagat ragam manusia kat cni…n kalau korang nak jumpa yg jenis rajin…kat matrik inilah tempatnya…aku pun jadi rajin jgk…terikut-ikut dgn budaya pembelajran kat cni. Tapi pernahlah aku ponteng kuliah sbb penat sgt, n malas nk pergi cuz kalau pergi pun xfaham jgk…maklumlah,belajar ramai2 ni mmg xleh nk focus…

Dari segi penginapan dan kemudahan, kat matrik ni sememangnya selesa untuk didiami oleh pelajar. Semuanya lengkap n aku paling suka library kat cni,ermmmm.. kat cnilah tmpat aku menenangkan diri bila rasa tension..kesejukan library n kepelbagaian jenis buku amat2 menenteramkan jiwa ku ni.best lepak kat cni.


Matrik yang dirindui.. 

Duit mmg menjadi masalah jgk sbb elaun yg diberikan tidak mencukupi untuk aku survive kat cni. aku hanya diberi rm250 sebulan. N aku perlu beli makanan, baju dan tiket bas untuk balik kmpung, duit sebnyak ni tidak cukup untuk beli semua tu…aku kadang2 terpaksa berjimat n makan roti bergilir2 ngan nasi kalau duit tggal ckit…ermmmm,,lapar la..n perut akan jadi lagi lapar kalau kita tgh stady subjek yg susah…

N selepas 2 bulan mengharungi kehidupan  disini, aku pun keluar sbb dah dapat tawaran ke intec…aku rasa sgt gembira tapi perasaan sedih n rindu tu masih ada kerana matrik telah memberikan sedikit liku-liku kehidupan dalam diari hidupku…

No comments:

Post a Comment