Sunday, January 6, 2013

Apa Ada Dengan Malam



Malam ni..aku rasa amat tenang dan relax…aku duk sorang je kat ruang tamu sambil menaip karangan untuk blog ni…suasana malam yang amat mendamaikan perasaan…bagi aku, malam adalah satu keadaan yg memberikan seribu satu makna kepada diri manusia itu sendiri.. setelah seharian penat bekerja dan melakukan segala bagai perkara ,maka malam lah yg menjadi pilihan mereka untuk berehat dan meluangkan masa bersama yg tersayang….

Begitu juga dengan aku…aku berasa tenang sangat sekarang ni…duduk seorang diruang tamu…malam yg sejuk, senyap sunyi je…yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yg tergantung disyiling kat ruang tamu ini…suasana malam yg gelap gelita dan hanya terang apabila disinari cahaya bulan purnama..

Aku amat sukakan suasana malam ini…dan aku lagi suka sekiranya malam yang diiringi dengan hujan yg lebat..kerana ianya akan menjadi sangat sejuk dan sangat sedap tdo masa tu…best sgt…aku selalu berharap agar hujan akan turun pada waktu malam dan membuatkan aku akan lena dengan mimpi2 indah…Dingin sangat..baring diatas katill yg dipenuhi dengan bantal …hujan yg lebat yg sekali sekala diiringi dengan guruh….malam akan menjadi lebih seram dan gelap…dan aku akan tdo pada waktu itu sambil memeluk bantal peluk ku kuat2…….

Biasanya pada malam-malam macam ni aku mula memikirkan tentang apa sahabat baik aku buat sekarang..adakah mereka sedang lena diulit mimpi atau diorang juga sama mcam aku yang sedang menghayati keindahan malam yang indah ini..hemm…aku xtahu apakah rahsia yang terselindung disebalik kesunyian malam ini. 

Pernah aku berjumpa dengan seorang warga emas yang tinggal berseorangan.. dia akan duduk termenung di sebuah kedai kopi saban malam untuk menenangkan diri.apakah yang dia dapat dari kesunyian malam itu?apakah yang sedang difikirkannya…adakah …begitu juga aku..dimana daya khayalan ku akan lebih tinggi menjelang malam..khalayan ini tidak hadir ketika waktu siang hari kerana aku sibuk dan tidak ada masa untuk memikirkan perkara mengenai diri sendiri….

Pernah jugak suatu masa dulu aku berkhayal tentang perempuan idaman ku pada waktu macam ni….dan pada ketika inilah banyak idea idea aku untuk menghasilkan lagu…mungkin inilah antara ketenangan yang aku dapat semasa malam. Indah sangat……aku selalu membayangkan sebatang pohong yang rending ditengah-tengah sawah padi yang menguning kesunyian..dan pohon itu disimbah cahaya bulan purnama  dan disitulah perempuan idaman ku muncul dan melemparkan senyuman yang manis kepada ku…..sungguh aku xtahu kenapa aku amat tersentuh dengan cahaya dari bulan purnama dan kebanyakan lagu yang aku cipta hamper kesemuanya mempunyai bulan….sesungguhya malam banyak menyimpan rahsia.

Bila malam…perasaan rindu ku akan meluap-ulup..rindu ku pada seseorang dan kepada suasana ketika zaman kanak-kanak ku pada waktu kecil dulu seakan-akan membara dalam diri. Aku sangat rindukan kengan yang dulu…masa tu kami semua rapat2..tidak mcm sekarang ni..dimana masing2 membawa hal sendiri.

No comments:

Post a Comment