Apa sebenarnya yang ku harapkan dalam
hidup ini, kadangkala aku merenung jauh kehadapan, termenung melihat kaki
langit malam,, menghirup udara sedalam dalamnya smbil ku lepaskan dengn
perlahan..ibarat menghembus semua masalah dan keserabutan yang menghimpit jiwa
Aku selalu berharap dapat menemui
segala ketenangan yang dicari, jauh disudut hati, aku rindukan belaian masa
kecil, bersama ibu. Walaupun berada dirumah yang buruk , hidup dulu susah
berbanding sekarang namun hati tetap bahagia, dikelilingi oleh saudara mara
sepupu sepapat . bila mandi angin tengahari bertiup, kelihatan pokok sagu ditengah
sawah yang setentang dengan rumah ku bergoyang mengikut alunan. Tengahari yg
amat mendamaikan..walaupun mandiku Cuma air telaga, guna gayung, tadahan air paip.namun
itu sangat menyegarkan. Selesai pakai
baju, masakan kampung ibu sperti sayur masak lemak, ikan singgang, ikan goreng telah
menanti diatas meja, makan bersama kakak2 dan adik2 yang masih kecil.. penatnya
ibu nk melayan kami 7 beradik dahulu.kecik dan nakal..lagi2 aku yg memang
terkenal dengan kenakalan masa kecik.
Ayah jarang kat rumah,sebulan Cuma
sekali ayah pulang. Bila ayah balik, terasa sangat gembira, dengn buah tangan
yang dibawa ayah, kadang2 ayah bawak balik byk duit syiling..yang bagi aku amat
bernilai ketika itu. Kalo dapat 2ringgit pun dah sgt happy..byk boleh beli snek
kat kedai runcit pokculoh..kedai ni memang favourite aku masa kecik..ntah
dah berapa ringgit duit waktu kecik ku habis kat sini.. yang bagusnya dulu beli
guna duit seposen pun dia layan..aiskrim pun berapa sen je .maggi tu dah kira
snek paling mahal bagi aku dan kawan
sekampung..kalo ada sorg tu beli maggi mesti ramai budak2 lain yang jadi rapat
sbb nk join makan sekali..punyalah eksited nak rasa maggi tu.
aku paling suka ayah bawak balik buah laici dalam tin dan buah2
segar dari Singapore..best makan ramai2. Aku dulu xknal apa itu mcd dan kfc.
Satu malam ayah bawak pulang bungkusan nugget mcd..ayah beli jauh nu..mngkin
kat johor.nuget tu pun dah sejuk..tpi aku eksited sgt..mkan jgk..dan suka bila
makan mcd ni.. tubuh ayah kurus je dulu, ayah boleh dikatakan sebagai perokok
tegar..
Banyak memori indah yang masih kemas
tersleit dalam ruang ingatanku. Bulan puasa adalah bulan yang dinanti,bersahur
beramai2..bila selesai sahur, kakwe ngan kakmat akan main game dengan kami
sehingga menunggu waktu subuh..jutaria, catur dan mcm2 lagi.banyak kisah yang akak akan
ceritakan dalam kelambu kepada kami adik2. Kadang2 dgr cerita hantu,.lepas
subuh, kami sambung tdo. Paling happy ialah bila dah nk menjelang maghrib
semasa menunggu waktu berbuka. Mak akan masak sedap2..sebulan tu semua masakan
yang jarang2 kami dapat pada hari biasa.. selalunya akan ada sedikit kuih muih
yang ayah beli kat pasar.. .sblm berbuka tu mcm biasa, aku dan kecik akan naik
basikal hntar lauk pauk kat rmh arwah tokku dan arwah toknab…kedua2 datuk dan
nenek ku tu skrg dah meninggal.rasa sedih sangat. Banyak kenangan bersama.
Keduanya telah pergi menghadap Tuhan pencipta alam. Semoga Allah mengampunkan
semua dosa toknab dan tokku dan berbahagia disana..sungguh aku menyayanginya.
kami xkaya tpi kami sangat bahagia dulu.. terima kasih ALLAH, kau telah byk
menolong keluarga ku hinggalah saat ni.masukkanlah kami ke syurgamu. Aku sangat
berharap engkau himpunkan aku bersama keluarga selama2nya di syurga sana. Kami
ingin hidup bahagia dan tenang disana
Aku merindukan ketenangan yang abadi
disana. Dunia adalah perjuangan dan perjuangan ku baru bermula untuk menanggung
keluarga sendiri pula.
Waktu berbuka adalah amat aku nanti
kan..feeling tu sangat mendamaikan, perut dan tekak yang lapar dan haus, setengah
jam tu kami sekeluarga dah menunggu untuk berbuka sambil medengar radio
Kelantan. Bermacam2 iklan yang menggamit jiwa waktu tu, kolej ptpl la, kicap
cap mh mohamad dan lain2,,ahh, xdapat aku nak ingat semua,ketika waktu dah
terlalu hampir dengan waktu berbuka, radio akan membunyikan rentak irama arab
yang bagi aku seolah2 berada di taman kurma ,terbayangkan ada unta sedang berjalan di tengah padang pasir .akhirnya azan di
radio berkumandang, aku memenag aku bebbuka dengan air sejuk dulu yang
berbagai perisa mak buat .kadang2 air bandung, air sunquick dan laici. Kadang2
tu aku xduduk semeja dengan keluarga ketika berbuka, kerana aku dah letak makan
berbuka aku depan tv siap2.assebabnya waktu berbuka clash dengan siri power
ranger yang aku amat minat. Mak membebel jgk.tapi masa tu kan aku kecik lagi..jadi
apa yang ak buat entah lah..
apepun kenangan itu tetap menggamit memori ini.