Malam - kdai makan tepi higway pasir
puteh - disember 2016
Ji, mun memang sempoi habis, janji
kejap je then terus buleh kuar. Baru je mesej nk minum air, tgk2 dah tggu keta
kat uar rumah.. g minum air kat tempat lepak best di pekan pasir puteh, kedai
yang ala2 mendamaikan dengan cahaya lampu oren, org xramai sangat, kami pulak
ambik seat kat luar kedai, betul2 menghadap bulan dan berbumbungkan langit yg
cerah malam tu, angin bertiup lembut, bintang berkelipan, dan langit malam
seolah2 mendamikan lagi perasaan kami ketika itu,. Kelihatan kapal terbang yang
jauh meninggi sedang membelah lautan langit malam.
Banyak yang kami sembangkan, dari
segala hal yang berlaku dalam kehidupan masing2 sejak bekerjaya ni, tpi aku
lebih kepada menjadi pendengar setia. Mendengar segala keluhan hati sabahat
berkenaan kerja nya yang sangat sibuk dikuala lumpur.
Jiji bekerja hanya sebagai kerani
yang begred spm walaupun mempunyai kelulusan ijazah, daripada menganggur, dia
ambik jgk kerja sbgai kerani. Masih belum ada rezeki menggunakan ijazah setakat
ni. Dah berkahwn awal tahun ni, bini xberkerja, dan tgh sarat mengandung skrg..
dapat lihat beban yang ditanggung dengan gaji yang Cuma sekadar kerani. Kerja
pulak katanya xsepadan ngan gaji. Masuk pagi balik pulak menjelang malam. Boleh
dikatakan kerap jugak mcm tu walopun waktu bekerja sebenar Cuma setakat pukul 5
sahaja
Dia masih lagi mengharapkan supaya
ada peluang yang cerah untuk menggunakan degree yang ada, malam semakin laut,
dan kami masih lagi rancak berborak, cuaca malam yang Cuma sejuk suam suam
kukuitu seoalh2 menggalakn agi bicara kami. air yang kami order tadi makin lama
makin sedikit dihirup dalam aeasyikan berborak…orang yang datang sebelum kami
pun mula beransur pulang dan berganti dengan
yang baru.. suasana yang menenangkan dan orang yg datang kekedai makan
masing2 hanyut dengan keasyikan bicara masing2 masing. Kelihatan satu keluarga
sedang menikmaat saat indah smbil menjamu selera berdekatan dengan meja kami…
kami Cuma jumpa jarang 2je dalam setahun.. komitmen kerja masing2 dan cuti yang
terbatas..
Byyk hal dapat aku ambik pengajaran
dari mun ji. Mun membuatkan aku lebih tabah dan sabra dalam menghadapi ujian
alam pekerjaan dan menempuh alam perkahwinan tak lama lagi. Semalam kita bergelak ketawa
seolah2 bagikan xda masalah.. lupakan masalah yang melanda .. sungguh semalam
sangat berharga untuk dua sahabat meluangkan masa bersama.
Aku mencoretkan segala kenangan di
laptop ni agar segala peristiwa semalam tetap segar diingatan. Bertarikh malam
12 disember 2016. Semoga dapat lagi kita berborak mcm ni walo sesibuk mana pun
kita lepas ni. Sekdar menghargai erti persahatan yang telah terjalin sejak
kecil hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment