Thursday, October 19, 2017

Kenangan Yang Menenangkan

Apa sebenarnya yang ku harapkan dalam hidup ini, kadangkala aku merenung jauh kehadapan, termenung melihat kaki langit malam,, menghirup udara sedalam dalamnya smbil ku lepaskan dengn perlahan..ibarat menghembus semua masalah dan keserabutan yang menghimpit jiwa

Aku selalu berharap dapat menemui segala ketenangan yang dicari, jauh disudut hati, aku rindukan belaian masa kecil, bersama ibu. Walaupun berada dirumah yang buruk , hidup dulu susah berbanding sekarang namun hati tetap bahagia, dikelilingi oleh saudara mara sepupu sepapat . bila mandi angin tengahari bertiup, kelihatan pokok sagu ditengah sawah yang setentang dengan rumah ku bergoyang mengikut alunan. Tengahari yg amat mendamaikan..walaupun mandiku Cuma air telaga, guna gayung,  tadahan air paip.namun itu sangat menyegarkan.  Selesai pakai baju, masakan kampung ibu sperti sayur masak lemak, ikan singgang, ikan goreng telah menanti diatas meja, makan bersama kakak2 dan adik2 yang masih kecil.. penatnya ibu nk melayan kami 7 beradik dahulu.kecik dan nakal..lagi2 aku yg memang terkenal dengan kenakalan masa kecik.

Ayah jarang kat rumah,sebulan Cuma sekali ayah pulang. Bila ayah balik, terasa sangat gembira, dengn buah tangan yang dibawa ayah, kadang2 ayah bawak balik byk duit syiling..yang bagi aku amat bernilai ketika itu. Kalo dapat 2ringgit pun dah sgt happy..byk boleh beli snek kat kedai runcit pokculoh..kedai ni memang favourite aku masa kecik..ntah dah berapa ringgit duit waktu kecik ku habis kat sini.. yang bagusnya dulu beli guna duit seposen pun dia layan..aiskrim pun berapa sen je .maggi tu dah kira snek paling mahal  bagi aku dan kawan sekampung..kalo ada sorg tu beli maggi mesti ramai budak2 lain yang jadi rapat sbb nk join makan sekali..punyalah eksited nak rasa maggi tu. 

aku paling suka ayah bawak balik buah laici dalam tin dan buah2 segar dari Singapore..best makan ramai2. Aku dulu xknal apa itu mcd dan kfc. Satu malam ayah bawak pulang bungkusan nugget mcd..ayah beli jauh nu..mngkin kat johor.nuget tu pun dah sejuk..tpi aku eksited sgt..mkan jgk..dan suka bila makan mcd ni.. tubuh ayah kurus je dulu, ayah boleh dikatakan sebagai perokok tegar..

Banyak memori indah yang masih kemas tersleit dalam ruang ingatanku. Bulan puasa adalah bulan yang dinanti,bersahur beramai2..bila selesai sahur, kakwe ngan kakmat akan main game dengan kami sehingga menunggu waktu subuh..jutaria, catur dan mcm2 lagi.banyak kisah yang akak akan ceritakan dalam kelambu kepada kami adik2. Kadang2 dgr cerita hantu,.lepas subuh, kami sambung tdo. Paling happy ialah bila dah nk menjelang maghrib semasa menunggu waktu berbuka. Mak akan masak sedap2..sebulan tu semua masakan yang jarang2 kami dapat pada hari biasa.. selalunya akan ada sedikit kuih muih yang ayah beli kat pasar.. .sblm berbuka tu mcm biasa, aku dan kecik akan naik basikal hntar lauk pauk kat rmh arwah tokku dan arwah toknab…kedua2 datuk dan nenek ku tu skrg dah meninggal.rasa sedih sangat. Banyak kenangan bersama. Keduanya telah pergi menghadap Tuhan pencipta alam. Semoga Allah mengampunkan semua dosa toknab dan tokku dan berbahagia disana..sungguh aku menyayanginya. kami xkaya tpi kami sangat bahagia dulu.. terima kasih ALLAH, kau telah byk menolong keluarga ku hinggalah saat ni.masukkanlah kami ke syurgamu. Aku sangat berharap engkau himpunkan aku bersama keluarga selama2nya di syurga sana. Kami ingin hidup bahagia dan tenang disana

Aku merindukan ketenangan yang abadi disana. Dunia adalah perjuangan dan perjuangan ku baru bermula untuk menanggung keluarga sendiri pula.

Waktu berbuka adalah amat aku nanti kan..feeling tu sangat mendamaikan, perut dan tekak yang lapar dan haus, setengah jam tu kami sekeluarga dah menunggu untuk berbuka sambil medengar radio Kelantan. Bermacam2 iklan yang menggamit jiwa waktu tu, kolej ptpl la, kicap cap mh mohamad dan lain2,,ahh, xdapat aku nak ingat semua,ketika waktu dah terlalu hampir dengan waktu berbuka, radio akan membunyikan rentak irama arab yang bagi aku seolah2 berada di taman kurma ,terbayangkan ada unta sedang berjalan di tengah padang pasir .akhirnya azan di radio berkumandang, aku memenag aku bebbuka dengan air sejuk dulu yang berbagai perisa mak buat .kadang2 air bandung, air sunquick dan laici. Kadang2 tu aku xduduk semeja dengan keluarga ketika berbuka, kerana aku dah letak makan berbuka aku depan tv siap2.assebabnya waktu berbuka clash dengan siri power ranger yang aku amat minat. Mak membebel jgk.tapi masa tu kan aku kecik lagi..jadi apa yang ak buat entah lah.. 

apepun kenangan itu tetap menggamit memori ini.

No comments:

Post a Comment