Saturday, March 30, 2013

Naik Bas Malam - Malam


Ulang alik dengan bas masa belajar kat shah alam dulu dah menjadi kebiasaan bagi diriku ….pengalaman yang aku payah nak dapat sekarang ni…maklumlah..dah xduk sana lagi sekarang…
Kalau naik bas masa nak balik kampong halaman..perghhh..feeling tu rasa lain…syahdu semacam je….balik Kelantan kan…


 Stesen Bas...b4 naik bas malam2...


Lepas maghrib je.. aku dah bertolak dari cendana..mintak kawan hantar ngan motor …kalau nak naik bas, kita kena tggu awal.takut terlepas…bas selalunya pukul 9 malam..kadang2 aku xsempat solat isyak….so, kenalah solat masa bas berhenti kat merapoh dalam pukul 2 pagi nanti…
Dalam 10 minit naik bas tu…pemandu dah padam kan lampu…suasana dalam bas jadi gelap je..sejuk dengan econ n sunyi..e..rmmm…aku suka suasana macam ni..yang kedengaran hanya bunyi deruan enjin bas yang sayup2…


 Pemandangan mcm ni mmg kerap jumpa masa atas bas...


Aku pandang tingkap bas…tgk suasana Bandar KL..bas lalu kat situ dulu…lepas je lalu KL..pemandangan terus bertukar…banyak hutan2 n bukit bukau je..gelap….sunyi…n..seram… huhu
kadang2 syok jugak pemandangan macam ni…kepala aku terbayang cerita dalam movie karak…kot2..masa tgh syok tgk bukit bukau yang gelap tu…trpandng hantu..perghhh.. seram..tapi aku kan dalam bas…so, xtakut sangat lah..tapi kalau aku duk luar....huu...xtau nak kata lah...


Tgk jam dah pukul 2 pagi…..hujan lebat kat luar….dalam bas sunyi je..banyak orang dah tdo kot..ermmm…dalam 4jam lagi nak smapai kelantan..lambat lagi…pemandu bas masih asyik mandu soran2…ermm..penat jugak kerja macam ni..kena tahan ngantuk…mandu dalam gelap sorang2…kereta bukannya banyak sangat lalu lalang kat jalan KL-Kelantan ni..sunyi je….jalan pulak gelap tambah2 lagi hujan lebat……aku kesian kat pak cik tu..tapi dah kerja dia kan..xcuak ke pak cik tu….alah bias tegal biasa kan..


Kat luar gelap…hujan pulak makin lebat….pakcik yang bawak bas tu Nampak ke masa memandu ni ya..ermmm..mata aku pulak susah nak lelap..perghh sejuk melampau ni….aku ketatkan sweater n peluk beg erat2…pandang kat cermin bas n tgk pemandangan yang xmungkin aku jumpa dimana2 lagi selain atas duk bas..


Selamat tinggal intec…ermmm….dah 2 tahun belajar kat sana..xtahu bila lagi akan jejakkan kaki kat intec lagi..beribu kenangan dah kecapi bersama rakan2…

Friday, February 1, 2013

Sahabat Lama



Tiba2 aku teringat kat sorang kawan ku ini..naqiu..ermmm….payah nak jumpa kawan mcm dia sekarang nie..


 Ermmm….xtahu nak kata apa pasal dia..tapi yang pasti aku rasa sangat best kawan ngan dia..dia antara sebb banyak kenangan manis aku semasa di intec…


 Bilik kami dulu....


Duk sebilik n banyak share story…kisah hidup dia bagiku sangat misteri
( berpuaka banyak mistik)….dia jugak banyak relaxkan aku masa aku down…dan jugak..laptop dialah yang banyak jadi mangsa aku  main game masa kat sna dulu..huhu…


Perjalanan hidupnya yg penuh liku2….
Masalah nya yg kecoh…..
Kisah percintaan dia lagi….

Perghhhh…

Wednesday, January 16, 2013

Nasik Lemak Sedap Shah Alam


Malam tu, Masuk bilik jap..tgk mizan tengah khusyuk stady..dia ni memang rajin giler…xberenti..nampak mcm otai je dalam kelas tapi bila dalam bilik..perghhh totally different…kat ruang tamu pulak nampak h n siva duk mengadap meja masing2….buat latihan or nak bersaing ngan mizan..aku pun xtahu…


Perut lapar…kat rumah ni bukannya ada apa pun nak dimasak..ada heater je..rumah bujang kan…mesej sepu n cakap ajak makan…dia ok je…
So destinasi kami ialah nasik lemak tepi giant..dekat je ngan apartment ni..jalan kaki dalam 5 minit dah sampai…harga pun murah..rm3.50 untuk nasik lemak ayam yang sedap2 n buat aku ketagih hari2 nak makan..


Gerai kecik je.adala dalam 5 biji meja untuk pelanggan makan…tu pun dia bukak kanopi untuk berteduh..gerai jalanan kan..tapi aku tgk kedai laku giler...bukak dari pukul 5 petang n orang akan datang berpusu2 sampailah 10 malam..nasik n ayam memang akn cepat habis n bekalan diorang mmg banyak..habis je ada topup lagi..perghhh..mmg kaya pakcik pemilik gerai ni..aku rasa lagi kaya dari restoran2 kat kawasan dekat ni..


Pakcik ni upah 3  orang brader tuk jadi pelayan kat kedai ni..kerja memng cekap…cept dan pantas n puas hati…aku xpernah kecewa masa makan kat cni…


Dah dekat 3 tahun aku xg shah alam..ntah ada ke tidak lagi kedai ni..ermmm..kalau ada..rasanya mesti dah kaya raya pakcik tu…kot2 dah bukak restoran kat seksyen 18 ni..kedai nasik lemak sedap….hoho..tapi aku memang respect ngan pemilik kedai ni..hati pelanggan memang diorang akan jaga kaw2…..mulut kena manis..senyum selalu..dan kesannya pelanggan akan datang berpusu pusu…

Sunday, January 6, 2013

Apa Ada Dengan Malam



Malam ni..aku rasa amat tenang dan relax…aku duk sorang je kat ruang tamu sambil menaip karangan untuk blog ni…suasana malam yang amat mendamaikan perasaan…bagi aku, malam adalah satu keadaan yg memberikan seribu satu makna kepada diri manusia itu sendiri.. setelah seharian penat bekerja dan melakukan segala bagai perkara ,maka malam lah yg menjadi pilihan mereka untuk berehat dan meluangkan masa bersama yg tersayang….

Begitu juga dengan aku…aku berasa tenang sangat sekarang ni…duduk seorang diruang tamu…malam yg sejuk, senyap sunyi je…yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yg tergantung disyiling kat ruang tamu ini…suasana malam yg gelap gelita dan hanya terang apabila disinari cahaya bulan purnama..

Aku amat sukakan suasana malam ini…dan aku lagi suka sekiranya malam yang diiringi dengan hujan yg lebat..kerana ianya akan menjadi sangat sejuk dan sangat sedap tdo masa tu…best sgt…aku selalu berharap agar hujan akan turun pada waktu malam dan membuatkan aku akan lena dengan mimpi2 indah…Dingin sangat..baring diatas katill yg dipenuhi dengan bantal …hujan yg lebat yg sekali sekala diiringi dengan guruh….malam akan menjadi lebih seram dan gelap…dan aku akan tdo pada waktu itu sambil memeluk bantal peluk ku kuat2…….

Biasanya pada malam-malam macam ni aku mula memikirkan tentang apa sahabat baik aku buat sekarang..adakah mereka sedang lena diulit mimpi atau diorang juga sama mcam aku yang sedang menghayati keindahan malam yang indah ini..hemm…aku xtahu apakah rahsia yang terselindung disebalik kesunyian malam ini. 

Pernah aku berjumpa dengan seorang warga emas yang tinggal berseorangan.. dia akan duduk termenung di sebuah kedai kopi saban malam untuk menenangkan diri.apakah yang dia dapat dari kesunyian malam itu?apakah yang sedang difikirkannya…adakah …begitu juga aku..dimana daya khayalan ku akan lebih tinggi menjelang malam..khalayan ini tidak hadir ketika waktu siang hari kerana aku sibuk dan tidak ada masa untuk memikirkan perkara mengenai diri sendiri….

Pernah jugak suatu masa dulu aku berkhayal tentang perempuan idaman ku pada waktu macam ni….dan pada ketika inilah banyak idea idea aku untuk menghasilkan lagu…mungkin inilah antara ketenangan yang aku dapat semasa malam. Indah sangat……aku selalu membayangkan sebatang pohong yang rending ditengah-tengah sawah padi yang menguning kesunyian..dan pohon itu disimbah cahaya bulan purnama  dan disitulah perempuan idaman ku muncul dan melemparkan senyuman yang manis kepada ku…..sungguh aku xtahu kenapa aku amat tersentuh dengan cahaya dari bulan purnama dan kebanyakan lagu yang aku cipta hamper kesemuanya mempunyai bulan….sesungguhya malam banyak menyimpan rahsia.

Bila malam…perasaan rindu ku akan meluap-ulup..rindu ku pada seseorang dan kepada suasana ketika zaman kanak-kanak ku pada waktu kecil dulu seakan-akan membara dalam diri. Aku sangat rindukan kengan yang dulu…masa tu kami semua rapat2..tidak mcm sekarang ni..dimana masing2 membawa hal sendiri.

Monday, October 29, 2012

Bosannya

Sekarang ni aku rasa bosan gila..aku pun xtahu kenapa…aku rasa mcm rutin hidup aku xda apa2 perubahan pun sejak duk maktab ni…aku kerap sangat lakukan benda yang sama…bangun pagi..mandi,g kelas..balik rumah sewa n mengadap laptop smpailah malam…perghhh…rasa mcm xda life langsung….aku xtahu lah mana silapnya..tapi..jujurnya..aku sangat2 bosan..


 Ketenangan yang ingin ditemui....



Kadang2 aku try jgk nak cari sweet moments kat cni..tapi…aku xjumpa dowh…jarang sangat….dan aku rasakan antara factor yang membuatkan aku xda sweet moments kat cni adalah tidak mempunyai kawan yg betul2 rapat….serius..kawan memang memainkan peranan yg sgt penting dlm hidup… kebanyakan sweet moment korang biasanya banyak dilalui oleh kawan2 ..lagi2 bila korang jauh dari family…


 Rindu kenangan kawan dulu....


Aku pernah jgk cuba mencari kawan rapat kat cni..tapi aku boleh katakan ianya agak susah lagi2 sejak aku duk rumah sewa ni..kawan2 yang aku rasa ngam ngan aku kebanyakan nya duk jauh dari rumah sewa aku..nak jalan pun rasa malas sbb mungkin akan mengganggu diorg…so,terpaksa lah aku ambik alternative duk je kat rumah sewa n main laptop smpailah aku tdo…n teruskan rutin yg sama again n again….
Dan Aku akan terus sunyi………..